Selasa, 15 Mei 2012

My LiTtle NutrisiOn

Minggu 8

Setiap org pasti mempunyai selera masing2 lebih-lebih lagi di usia kanak-kanak yang baru mula mengenal dunia. Pemakanan yang sihat sangat penting kepada kanak-kanak kerana pada peringkat inilah tahap pertumbuhan mereka pesat berkembang. Jika mereka tidak diberi makanan yang berkhasiat maka ini akan membantutkan pertumbuhan mereka. Ibu bapa dan guru tadika perlu sentiasa memantau pemakanan harian mereka bagi mengelakkan sebarang penyakit terutamanya obesiti dalam kalangan kanak-kanak. 

Makanan dan minuman ringan merupakan makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Contohnya, KFC, air berkarbonat, snek, burger dan sebagainya. Makanan ini bukanlah tidak boleh dimakan tetapi adalah lebih baik tidak dimakan terlalu kerap kerana mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Begitu juga di tadika/taska, pengusaha tadika/ taska perlu menyediakan makanan yang sihat dan berkualiti mengikut tetapan yang telah ditetapkan di sini. Pengusaha tadika juga perlu menyediakan makanan mengikut piramid makanan yang betul.


Saya ingin berkongsi tentang 1 artikel menarik tentang makanan..sila klik di sini..artikel ini sangat menarik dan sangat sesuai sebagai panduan kepada bakal2 pengusaha tadika..


Isnin, 14 Mei 2012

TiPs MemIlih TadikA / Taska

MinGGu 7

Kini,, makin banyak yg kita dengar tentang penderaan kanak-kanak samada di rumah mahupun di tadika. Pada minggu ini, sy ingin berkongsi tips2 yang perlu diambil berat oleh ibu bapa mahupun guru tadika sebelum memilih tadika utk anak-anak..tadika/ taska yang mahal tidak semestinya bagus..yg penting selidik dahulu sebelum mendaftar..

Tips pemilihan tadika:

  1. Pastikan tadika yang dipilih mempunyai lesen dan telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. kebanyakan tadika hari ini tidak mempunyai lesen yang sah dan ini boleh membawa masalah kepada kita.
  2. Perhatikan persekitaran dan tahap keselamatan di tempat tersebut. Pastikan pagar sentiasa dikunci, mempunyai pintu, tangga kecemasan. Hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk dibuat tadika. Internediate house adalah dilarang.
  3. Perhatikan siapa yang bakal mengasuh/ mengajar anak anda. pastikan pakaian dan akhlaknya baik.
  4. Ibu bapa mesti mempunyai dan menyimpan no telefon guru/ pengasuh dan sentiasalah bertanyakan tentang keadaan anak-anak.
  5. Pastikan tadika/ taska yang Islamik dan bagus dari segi P &P.
  6. Pastikan makanan yang disediakan adalah berkhasiat.
  7. Sentiasa bertanyakan antara ibu bapa lain sebelum menghantar anak ke tempat tersebut. Tanyakan tentang pengasuh, kebersihan, keselamatan dan lain-lain. 
  8. Sekiranya anak-anak tidak mahu pergi ke tadika @ merungut, pastikan ibu bapa selidik hal tersebut bagi mengelakkan sebarang bencana timbul. 
    


Jumaat, 4 Mei 2012

AriGatO..

MinGGu 6


           Bismillahirrahmanirrahim..sempena minggu yg sangat bermakna, sy ingin mengucapkan jutaan TAHNIAH buat Puan Afzan yang telah lulus viva dan menjadi Dr Afzan sekarang ni..syukur Alhamdulillah..sempena pencapaian beliau, kali ini nukilan sy berkisar tentang tempat impian sy untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Setiap orang pasti mempunyai cita-cita masing2 samada ke peringkat diploma, ijazah, master, Phd dan sebagainya..insyaAllah, sy bakal menamatkan ijazah..sy juga ingin menjadi seperti Dr Afzan..pada usia yg muda sudah memegang pangkat Dr (Phd).



           Berbalik kepada cita2 sy ingin melanjutkan pngajian ke luar negara. Tempat impian sy ialah negara JEPUN. sy sangat skekan negara Jepun. mgkin sebab bnyak sangat tengok cerita Jepun kot. Selain itu, sy mmg sukakan budaya yang ada di sana. Walaupun tsunami telah membawa perubahan yang besar kepada Jepun tetapi mereka dapat bangkit semula. Ini menunjukkan betapa cepatnya Jepun membangun samada dalam teknologi dan pendidikan.




          Saya berharap sangat satu hari nanti saya dapat menjejakkan kaki ke Jepun. Itu lah satu-satunya impian saya yang masih belum tercapai. Bukan stakat untuk melihat budaya di sana tetapi sy ingin sangat untuk melanjutkan pelajaran di sana. Dulu masa kecil, mak saya selalu saja cakap yang saya ni nk pergi terbang jauh ke sebab suka sangat makan kepak ayam. Mak saya cakap mungkin saya akan belajar di luar negara kot. Tapi sampai sekarang impian itu masih lagi belum menjadi kenyataan. InsyaAllah, jika ada kemahuan maka di situ ada jalan. Doakan sy dapat melanjutkan pelajaran ke negara Jepun..insyaAllah..

Ahad, 22 April 2012

KemaTiaN iTu PaSti

Minggu 5


       Bismillahirrahmanirrahim..pada mggu ni sy ingin kongsikan 1 berita yg sangat menyedihkan terutama kepada wrga Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) sendiri. Pada 21 April 2012, berlaku satu kejadian tergempar yang mana telah berlaku kepada junior PAKK semester 4 iaitu kematian. Arwah dikatakan telah terjatuh dari bangunan E-Learning UPSI antara pukul 5-6 petang. Walaupun sy tidak mengenali arwah tetapi sy begitu sedih  apabila pelbagai spekulasi yang dibuat telah mengaibkan arwah. Memang ramai yang ingin tahu cerita sebenar tetapi apabila terlalu bnyak spekulasi yang dibuat telah menyebabkan fitnah yg besar kpd arwah..nauzubillah. Marilah kita bersangka baik kepada arwah. Biarlah kejadian yang berlaku hanya arwah dan Allah sahaja yg tahu. Kita sendiri pn masih tidak tahu bagaimana bentuk kematian kita. Adakah dalam keadaan baik atau buruk. Wallahula'alam.

      Sebelum ini heboh tentang kematian yang meragut 2 siswi UPSI akibat kemalangan di Kedah. Kini, junior PAKK pula yang terlibat. Semester ini memang cukup memberi peringatan kepada saya yg slalu saja alpa dengan dunia semasa. Sy ada terbaca satu status kwn sy di FB yg mengatakan "BEGITU RAMAI ORANG YANG BERSEDIA UNTUK KAHWIN DIUSIA MUDA TETAPI BERAPA RAMAI YANG BERSEDIA UNTUK MATI DIUSIA MUDA". Kata2 ini sangat mencengkam hati sy. Sy cukup 'terasa' dengan kata2 tersebut kerana sy sedar sy juga sperti itu. Kadang2 dunia ini sering melalaikan diri kita. Nk solat 5 waktu pn terkejar2 sedangkan solat hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Kalau dihitungkan, kita hanya mengambil masa 25 minit sahaja daripada 24 JAM sehari. Kita terlalu taksub dengan hal2 dunia shinggakan kita lupa tentang dunia yg kekal iaitu akhirat.

       Apabila memikirkan kematian, pasti kita akan merasa takut. Entah bila ajal kita akan menjemput. Tengah tidur kah? Tengah makan kah? Tengah melayari FB kah? Tengah berjalan kah? dll. Sy pernah terbaca tentang 1 artikel yg bertajuk "100 hari sebelum kematian". Artikel ini berkisar tentang tanda2 100 hari sebelum kematian kita. Antaranya pusat akan menjadi sejuk menjelang waktu asar, terlihat malaikat maut secara sedar atau tidak sedar, telinga menjadi layu/jatuh dan sbgnya. Dalam artikel ini, pengarang mengkelaskan tanda2 ini dalam bentuk 40 hari, 7 hari, sehari sebelum kematiaan dll. Artikel ini sgt berguna sbg peringatan kpd diri kita sendiri. Artikel ini sy baca kt FB. Tetapi sy ingin kongsikan sedikit disini. Smoga menjadi pedoman buat diri saya sendiri dan kita semua. SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU PASTI MENEMUI KITA.

       Sy bukan ingin bercakap alim tetapi cukuplah perkara ini menjadi ikhtibar kepada diri sy sendiri untuk menjadi yg lebih baik. "Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa2 besar dan kecilku di dunia dan diakhirat. Matikanlah aku dalam iman dan golongkan lah aku dalam golongan orang2 yg beriman..aminnyarrabbala'alamin..". Maafkan sy sekiranya nukilan sy kali ini banyak kesilapan sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yg lemah itu dtg dari diri sy sendiri. Wassalam..

Rabu, 4 April 2012

mEmAsAk Itu SiMpLE

Minggu 4


Sempena Hari Ibu bakal menjelma tidak lama lagi,,saya ingin berkongsi tentang tips-tips memasak pada nukilan kali ini..Ibu saya selalu je suruh saya masak. Sikit-sikit masak, sikit-sikit basuh pinggan, sikit-sikit basuh baju..masa dulu memang sakit hati bila disuruh itu ini. tetapi sekarang rasa menyesal pulak sebab tak belajar masak dari kecil lagi..sekurang-kurangnya tidak malu untuk mengaku 'tidak pandai masak'...


Saya ada beli 1 buku yang sangat menarik. Tajuknya " Memasak Itu Mudah". Buku ini hasil nukilan Rohayati Bakri..Apabila baca buku ini, baru saya sedar yang saya ni dalam golongan "tidak pandai memasak" tapi tidak sampai "tidak tahu langsung memasak". Dalam buku ini ada menerangkan tentang motivasi diri untuk memasak, rintangan-rintangan untuk memasak, rebutlah peluang memasak, tips-tips memasak, resepi mudah, petua masakan dan doa pilihan. Buku ini sangat sesuai sangat untuk mengajar kanak-kanak memasak. Kalau wanita baru nak belajar memasak pun boleh cuba buku ini. Jangan malu untuk melakukan perubahan dalam hidup kerana kelak pasti membawa seribu kepuasan.


Saya tertarik dengan satu petikan dalam buku ini. Katanya, "Satu daripada cara bagi mendapatkan anak yang baik dan taat kepada ibu bapa adalah dengan memberi mereka dengan didikan agama yang berterusan dan sentiasa menyajikan mereka dengan masakan kita sendiri". Kata-kata ini sangat sesuai sekali dengan golongan wanita yang makin sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk memasak dirumah. 


Sekiranya ibu memasak dirumah bersama anak-anak pasti mereka akan teruja dan gembira disamping melatih mereka untuk mahir memasak. Kebanyakan pada hari ini, golongan ibu tidak menggalakkan anak-anak kecil mereka membantu di dapur kerana tidak mahu mereka mengalami kecederaan, tidak mahu mengotorkan dapur dan melambatkan kerja memasak. Tetapi tahukah anda bahawa, jika kanak-kanak sudah dilatih sedemikian sejak kecil, adalah tidak mustahil apabila dewasa mereka menjadi seorang yang pemalas dan tidak mahu memasak kerana segala keperluan telah disediakan tanpa perlu bersusah payah.


Terdapat beberapa tips yang saya petik daripada buku ini. Antaranya:
  • Senaraikan bahan-bahan yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan menjimatkan masa.
  • Sayur hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum dipotong bagi mengelakkan kehilangan zat.
  • Elakkan guna minyak masak yang telah digunakan berulang kali dan bertukar warna.
  • Buang lapisan minyak di dalam sup sebelum panaskannya semula.
  • Elakkan menyimpan semula bahan-bahan yang telah dinyahbekukan seperti ayam kerana bahan yang disimpan semula selepas dinyahbekukan terdedah kepada kuman.
  • Sekiranya bahan dalam  kuantiti yang banyak, potong kecil-kecil dan simpan dalam beberapa bekas tertutup mengikut keperluan masakan.
Dalam buku ini terdapat pelbagai jenis resepi-resepi mudah untuk kanak-kanak makan dan belajar memasak. Contohnya seperti roti telur, lempeng, bubur nasi, nasi goreng, dan banyak lagi. Untuk belajar resepi-resepi mudah, saya syorkan untuk membeli buku ini. Ianya mudah dan sangat sesuai untuk guru-guru tadika yang ingin mengajar memasak kepada kanak-kanak..




Ahad, 1 April 2012

Prosedur Membuka Tadika

Minggu 3


    Terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti bagi membuka sesebuah Tadika. Jika post sebelum ini membincangkan tentang panduan membuka Tadika tetapi post kali ini berkisar tentang prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh usahawan yang ingin membuka tadika. Tanpa prosedur yang betul, Tadika yang ingin dibina tidak akan menjadi bahkan akan mengundang lebih banyak masalah yang timbul. Oleh itu, usahawan mesti mengikut semua prosedur yang telah ditetapkan.


Klik disini bagi mendapatkan keterangan lanjut...semoga berjaya =)

Sabtu, 31 Mac 2012

Taska @ Tadika

Minggu 2


Setiap orang pasti punya impian masing2...tapi,,apa yg paling mnarik apabila mempunyai impian untuk membuka sebuah taska @ tadika sendiri atau kedua-duanya skali..apabila sudah ada asas awal kanak-kanak maka lagi mudah untuk mencapai impian tersebut...setiap kejayaan pasti ada pengorbanan..begitu juga apabila ingin memiliki tadika sendiri..

Bersusah2 dahulu,,bersenang2 kemudian...ini pepatah yang WAJIB dipegang oleh seorang pengusaha tadika..bukan senang untuk menjadi pengusaha tadika. Untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita harus persiapkan diri dengan semangat yang cekal, sentiasa bersabar dan berusaha bersungguh2. Sudah banyak kali saya terbaca tentang pengusaha tadika yang gulung tikar. Kenapa keadaan ini berlaku? Bagaimana untuk mengatasinya? Disini ada beberapa panduan untuk membuka tadika sendiri.


  • Minat yang mendalam. Pengusaha yang tidak mempunyai minat terhadap kanak-kanak adalah SANGAT TIDAK SESUAI untuk membuka perniagaan tadika. Pengusaha yang tidak berminat dengan kanak-kanak dan hanya memetingkan keuntungan semata-mata tidak layak untuk membuka sebuah tadika.
  • Pengusaha tadika perlu mempunyai pengetahuan yang cukup untuk membuka tadika. Memulakan perniagaan tanpa pengalaman boleh menyebabkan perniagaan musnah. Kebanyakan pengusaha tadika di Malaysia mengatakan, individu yang ingin memulakan perniagaan mesti mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang awal kanak-kanak. Tidak semestinya perlu memegang Phd dalam jurusan awal kanak-kanak tetapi sekadar mempunyai pengalaman mengajar atau mengasuh kanak-kanak. Contohnya, bekerja di tadika @ taska lain sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum memulakan perniagaan sendiri.
  • Modal yang mencukupi. Pengusaha mesti mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan. Modal ini boleh diperoleh melalui simpanan peribadi ataupun memohon pinjaman bank. Tambahan pula, kerajaan sekarang semakin menggalakkan usahawan membuka tadika sendiri dengan menyediakan geran berjumlah RM 10,000. Ini satu peluang yang baik. Namun demikian, adalah lebih baik sekiranya pengusaha menggunakan simpanan peribadi berbanding pinjaman bank. Walaupun modal sedikit tetapi pengusaha boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan apabila sudah berjaya barulah lakukannya secara besar-besaran. Bak kata pepatah, susah2 dahulu senang2 kemudian..