Rabu, 4 April 2012

mEmAsAk Itu SiMpLE

Minggu 4


Sempena Hari Ibu bakal menjelma tidak lama lagi,,saya ingin berkongsi tentang tips-tips memasak pada nukilan kali ini..Ibu saya selalu je suruh saya masak. Sikit-sikit masak, sikit-sikit basuh pinggan, sikit-sikit basuh baju..masa dulu memang sakit hati bila disuruh itu ini. tetapi sekarang rasa menyesal pulak sebab tak belajar masak dari kecil lagi..sekurang-kurangnya tidak malu untuk mengaku 'tidak pandai masak'...


Saya ada beli 1 buku yang sangat menarik. Tajuknya " Memasak Itu Mudah". Buku ini hasil nukilan Rohayati Bakri..Apabila baca buku ini, baru saya sedar yang saya ni dalam golongan "tidak pandai memasak" tapi tidak sampai "tidak tahu langsung memasak". Dalam buku ini ada menerangkan tentang motivasi diri untuk memasak, rintangan-rintangan untuk memasak, rebutlah peluang memasak, tips-tips memasak, resepi mudah, petua masakan dan doa pilihan. Buku ini sangat sesuai sangat untuk mengajar kanak-kanak memasak. Kalau wanita baru nak belajar memasak pun boleh cuba buku ini. Jangan malu untuk melakukan perubahan dalam hidup kerana kelak pasti membawa seribu kepuasan.


Saya tertarik dengan satu petikan dalam buku ini. Katanya, "Satu daripada cara bagi mendapatkan anak yang baik dan taat kepada ibu bapa adalah dengan memberi mereka dengan didikan agama yang berterusan dan sentiasa menyajikan mereka dengan masakan kita sendiri". Kata-kata ini sangat sesuai sekali dengan golongan wanita yang makin sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk memasak dirumah. 


Sekiranya ibu memasak dirumah bersama anak-anak pasti mereka akan teruja dan gembira disamping melatih mereka untuk mahir memasak. Kebanyakan pada hari ini, golongan ibu tidak menggalakkan anak-anak kecil mereka membantu di dapur kerana tidak mahu mereka mengalami kecederaan, tidak mahu mengotorkan dapur dan melambatkan kerja memasak. Tetapi tahukah anda bahawa, jika kanak-kanak sudah dilatih sedemikian sejak kecil, adalah tidak mustahil apabila dewasa mereka menjadi seorang yang pemalas dan tidak mahu memasak kerana segala keperluan telah disediakan tanpa perlu bersusah payah.


Terdapat beberapa tips yang saya petik daripada buku ini. Antaranya:
  • Senaraikan bahan-bahan yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan menjimatkan masa.
  • Sayur hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum dipotong bagi mengelakkan kehilangan zat.
  • Elakkan guna minyak masak yang telah digunakan berulang kali dan bertukar warna.
  • Buang lapisan minyak di dalam sup sebelum panaskannya semula.
  • Elakkan menyimpan semula bahan-bahan yang telah dinyahbekukan seperti ayam kerana bahan yang disimpan semula selepas dinyahbekukan terdedah kepada kuman.
  • Sekiranya bahan dalam  kuantiti yang banyak, potong kecil-kecil dan simpan dalam beberapa bekas tertutup mengikut keperluan masakan.
Dalam buku ini terdapat pelbagai jenis resepi-resepi mudah untuk kanak-kanak makan dan belajar memasak. Contohnya seperti roti telur, lempeng, bubur nasi, nasi goreng, dan banyak lagi. Untuk belajar resepi-resepi mudah, saya syorkan untuk membeli buku ini. Ianya mudah dan sangat sesuai untuk guru-guru tadika yang ingin mengajar memasak kepada kanak-kanak..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan