Minggu 5
Ahad, 22 April 2012
Rabu, 4 April 2012
mEmAsAk Itu SiMpLE
Minggu 4
Sempena Hari Ibu bakal menjelma tidak lama lagi,,saya ingin berkongsi tentang tips-tips memasak pada nukilan kali ini..Ibu saya selalu je suruh saya masak. Sikit-sikit masak, sikit-sikit basuh pinggan, sikit-sikit basuh baju..masa dulu memang sakit hati bila disuruh itu ini. tetapi sekarang rasa menyesal pulak sebab tak belajar masak dari kecil lagi..sekurang-kurangnya tidak malu untuk mengaku 'tidak pandai masak'...
Saya ada beli 1 buku yang sangat menarik. Tajuknya " Memasak Itu Mudah". Buku ini hasil nukilan Rohayati Bakri..Apabila baca buku ini, baru saya sedar yang saya ni dalam golongan "tidak pandai memasak" tapi tidak sampai "tidak tahu langsung memasak". Dalam buku ini ada menerangkan tentang motivasi diri untuk memasak, rintangan-rintangan untuk memasak, rebutlah peluang memasak, tips-tips memasak, resepi mudah, petua masakan dan doa pilihan. Buku ini sangat sesuai sangat untuk mengajar kanak-kanak memasak. Kalau wanita baru nak belajar memasak pun boleh cuba buku ini. Jangan malu untuk melakukan perubahan dalam hidup kerana kelak pasti membawa seribu kepuasan.
Saya tertarik dengan satu petikan dalam buku ini. Katanya, "Satu daripada cara bagi mendapatkan anak yang baik dan taat kepada ibu bapa adalah dengan memberi mereka dengan didikan agama yang berterusan dan sentiasa menyajikan mereka dengan masakan kita sendiri". Kata-kata ini sangat sesuai sekali dengan golongan wanita yang makin sibuk bekerja sehinggakan tiada masa untuk memasak dirumah.
Sekiranya ibu memasak dirumah bersama anak-anak pasti mereka akan teruja dan gembira disamping melatih mereka untuk mahir memasak. Kebanyakan pada hari ini, golongan ibu tidak menggalakkan anak-anak kecil mereka membantu di dapur kerana tidak mahu mereka mengalami kecederaan, tidak mahu mengotorkan dapur dan melambatkan kerja memasak. Tetapi tahukah anda bahawa, jika kanak-kanak sudah dilatih sedemikian sejak kecil, adalah tidak mustahil apabila dewasa mereka menjadi seorang yang pemalas dan tidak mahu memasak kerana segala keperluan telah disediakan tanpa perlu bersusah payah.
Terdapat beberapa tips yang saya petik daripada buku ini. Antaranya:
- Senaraikan bahan-bahan yang ingin dibeli sebelum keluar membeli belah. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan menjimatkan masa.
- Sayur hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum dipotong bagi mengelakkan kehilangan zat.
- Elakkan guna minyak masak yang telah digunakan berulang kali dan bertukar warna.
- Buang lapisan minyak di dalam sup sebelum panaskannya semula.
- Elakkan menyimpan semula bahan-bahan yang telah dinyahbekukan seperti ayam kerana bahan yang disimpan semula selepas dinyahbekukan terdedah kepada kuman.
- Sekiranya bahan dalam kuantiti yang banyak, potong kecil-kecil dan simpan dalam beberapa bekas tertutup mengikut keperluan masakan.
Dalam buku ini terdapat pelbagai jenis resepi-resepi mudah untuk kanak-kanak makan dan belajar memasak. Contohnya seperti roti telur, lempeng, bubur nasi, nasi goreng, dan banyak lagi. Untuk belajar resepi-resepi mudah, saya syorkan untuk membeli buku ini. Ianya mudah dan sangat sesuai untuk guru-guru tadika yang ingin mengajar memasak kepada kanak-kanak..

Ahad, 1 April 2012
Prosedur Membuka Tadika
Minggu 3
Terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti bagi membuka sesebuah Tadika. Jika post sebelum ini membincangkan tentang panduan membuka Tadika tetapi post kali ini berkisar tentang prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh usahawan yang ingin membuka tadika. Tanpa prosedur yang betul, Tadika yang ingin dibina tidak akan menjadi bahkan akan mengundang lebih banyak masalah yang timbul. Oleh itu, usahawan mesti mengikut semua prosedur yang telah ditetapkan.
Klik disini bagi mendapatkan keterangan lanjut...semoga berjaya =)
Sabtu, 31 Mac 2012
Taska @ Tadika
Minggu 2
Setiap orang pasti punya impian masing2...tapi,,apa yg paling mnarik apabila mempunyai impian untuk membuka sebuah taska @ tadika sendiri atau kedua-duanya skali..apabila sudah ada asas awal kanak-kanak maka lagi mudah untuk mencapai impian tersebut...setiap kejayaan pasti ada pengorbanan..begitu juga apabila ingin memiliki tadika sendiri..
Bersusah2 dahulu,,bersenang2 kemudian...ini pepatah yang WAJIB dipegang oleh seorang pengusaha tadika..bukan senang untuk menjadi pengusaha tadika. Untuk memulakan sesuatu perniagaan, kita harus persiapkan diri dengan semangat yang cekal, sentiasa bersabar dan berusaha bersungguh2. Sudah banyak kali saya terbaca tentang pengusaha tadika yang gulung tikar. Kenapa keadaan ini berlaku? Bagaimana untuk mengatasinya? Disini ada beberapa panduan untuk membuka tadika sendiri.
- Minat yang mendalam. Pengusaha yang tidak mempunyai minat terhadap kanak-kanak adalah SANGAT TIDAK SESUAI untuk membuka perniagaan tadika. Pengusaha yang tidak berminat dengan kanak-kanak dan hanya memetingkan keuntungan semata-mata tidak layak untuk membuka sebuah tadika.
- Pengusaha tadika perlu mempunyai pengetahuan yang cukup untuk membuka tadika. Memulakan perniagaan tanpa pengalaman boleh menyebabkan perniagaan musnah. Kebanyakan pengusaha tadika di Malaysia mengatakan, individu yang ingin memulakan perniagaan mesti mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang awal kanak-kanak. Tidak semestinya perlu memegang Phd dalam jurusan awal kanak-kanak tetapi sekadar mempunyai pengalaman mengajar atau mengasuh kanak-kanak. Contohnya, bekerja di tadika @ taska lain sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum memulakan perniagaan sendiri.
- Modal yang mencukupi. Pengusaha mesti mempunyai modal yang mencukupi untuk memulakan perniagaan. Modal ini boleh diperoleh melalui simpanan peribadi ataupun memohon pinjaman bank. Tambahan pula, kerajaan sekarang semakin menggalakkan usahawan membuka tadika sendiri dengan menyediakan geran berjumlah RM 10,000. Ini satu peluang yang baik. Namun demikian, adalah lebih baik sekiranya pengusaha menggunakan simpanan peribadi berbanding pinjaman bank. Walaupun modal sedikit tetapi pengusaha boleh memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan apabila sudah berjaya barulah lakukannya secara besar-besaran. Bak kata pepatah, susah2 dahulu senang2 kemudian..
Rabu, 28 Mac 2012
Setiap Anak Permata Negara
Minggu 1
Mengikut ‘The National Assocition for The Education of Young Children’ (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan, pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun (Zulkiply Yaakob, 2009).
Pendidikan prasekolah pula adalah untuk
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pendidikan prasekolah bertujuan
untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. Menguasai
kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah
rendah (Sanaleh Daud, 2009).
terdapat pelbagai program yang telah dibuat oleh kerajaan terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi melahirkan permata yang bersinar dalam kalangan kanak-kanak. antaranya, Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak Sebesar Harapan yang telah dibuat oleh rangkaian Smart Reader Kids untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun lagi.
terdapat pelbagai program yang telah dibuat oleh kerajaan terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi melahirkan permata yang bersinar dalam kalangan kanak-kanak. antaranya, Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak Sebesar Harapan yang telah dibuat oleh rangkaian Smart Reader Kids untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)








