Rabu, 28 Mac 2012

Setiap Anak Permata Negara

Minggu 1



Mengikut ‘The National Assocition for The Education of Young Children’ (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan, pendidikan Awal Kanak-kanak merupakan segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun (Zulkiply Yaakob, 2009). 

Pendidikan prasekolah pula adalah untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan. Menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Sanaleh Daud, 2009).


terdapat pelbagai program yang telah dibuat oleh kerajaan terutamanya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi melahirkan permata yang bersinar dalam kalangan kanak-kanak. antaranya, Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak Sebesar Harapan yang telah dibuat oleh rangkaian Smart Reader Kids untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan